Salam Borneo

Selasa, 3 Januari 2012

REZEKI BURUNG MERBAH

Assalamualaikum .Selamat Tahun baru 2012

Baru hari ni Mak Wan ada mood nak tulis N3 baru. Alkisahnya burung merbah dan bunga okid kesayangan Mak wan.  Setiap pagi sebelum dhuha makwan akan memastikan bunga2 dapat sarapan secukupnya.Tapi hari ini burung merbah lebih awal menemani okid kesayanganku.Seekor merbah membuat sarang didalam pasu orkid yang kelihatan lebih subur dari yang lain.intai punya intai merbah itu memang ada tengah bertelor.beralih ke pasu lain yang mengeluarkan kudup yang hampir2 nak kembang, alang kah sedihnya hati terdapat kesan gigitan yang merosakkan kudup tersebut.Mak Wan dah lama menanti kemunculan bunga dari spesis orkid yang ini.

Terus Makwan teingat itulah rezeki namanya,rezeki burung.Masya Allah kita hanya bijak merancang tapi perancangan Allah...... .Subhanallah.............doa biarlah burung itu terus mengeram dan menetas . Kali ini rezeki makwan pulak.





6 ulasan:

  1. Assalamualaikum Mak Wan

    banyaknya bunga orkid
    patut la background blog orkid

    BalasPadam
  2. salam ziarah mak wan. nice blog

    BalasPadam
  3. Wa'alaikummussalam Atuk

    Terima kasih sudi ziarah "Mak Wan".Tak banyak mana okid tu cuma sekadar terapi minda dan emosi

    BalasPadam
  4. Wa'alaikummussalam Ayah Zin

    Terma kasih sudi ziarah "Mak Wan".blog anak2 yang rekabentuk.mak wan pandai taip eja.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Mak Wan/Puan Hajjah/Kak Piah....

    Seronok melihat blog ni..moga terus rajin dan bersemangat menulis agar dapat kami yang lebih muda dan masih belum cukup pengalaman hidup ni menimba ilmu dari yang lebih dulu merasai manis dan pahitnya kehidupan...

    BalasPadam
  6. Wa'alaikumussalam Cikgu Ani

    Terima kasih sudi menziarah blog Kak Piah ni . Rajinnya bermusim,kalau musim durian banyaklah nak ditulis tapi yang datang musim mata kucing ,setahun tak sekali he. he. he. Ilalliqak ma'assalaamah.

    BalasPadam