Salam Borneo

Rabu, 11 Januari 2012

Kawin Kamal Hijaz Adnan


Assalamualaikum semua


Pada hari Sabtu 7/1/12- Mak Wan menghadiri majlis perkahwinan anakanda Kamal Di Sg. Labu,Layang-Layangan,Labuan.Pengantinnya memang bagai pinang dibelah dua.

Hidangannya sedap juga,tapi ada satu lauk yang disajikan pada malam selepas akad nikah memang unik.  Mak Wan sangkakan kobis goreng berseleralah nak makan tapi sebenarnya  sayur goreng"cempunek"yang masih muda.  Mak Wan terkena kali ini ketawa sendirian.Biar pun umur dah hampir kesana tapi banyak perkara yang tiada dalam pengetahuan.Itulah Allah mengingatkan kita "bertanyalah kepada pakar jika kamu tidak mengetahui".Orang Sabah panggil buah apa ha lupa pulak .Rupanya macam buah cempedak isinya kecil2 warnanya putih.




hasil tangan seorang sahabat yang menetap di Bukit Kuda .



bersiap2 untuk mengiringi pengantin -majlis akad nikah



pengantin dah selamat-Mak Wan pulak ambil tempat
bersama cucu yang suka bergambar-Yasmin



Along Noma dan Firdaus.apa tunggu lagi ma .cedok je nasi tu



PnFuziah {baju pink-duduk} taukeh kristal dan bunga siput



Nur Yasmin Syakirah  - mandi laut



Makan malam di Anjung Ketam-Adi belanja



 kedai makan -dibawahnya ombak membadai

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Mak Wan

    saya belum pernah sampai ke labuan lagi
    teringin nak ke sana

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam Atuk

    Pulau Labuan kecil tak sampai besar Pulau Pinang. Kami boleh keliling pulau hanya setengah jam ejat,tapi teringin nak pergi lagi.

    BalasPadam
  3. Terima kasih Kamsiah
    Semoga ukhuwah diberkati ilahi.

    BalasPadam