Salam Borneo

Jumaat, 31 Mei 2013

cucu oh cucu

Assalamualaikum Salam saiyidul ayyaaam Semoga kita semua dalam mardhotillah Hari ni menemani cucu mandi manda dalam kolam di depan rumah... Mandi manda sambil gurau senda disulami dengan jerit pekik.. Sesakali seronok dengar suara mereka yang terpekik telolong...rasa riuh sikit. Mohon allah kurniakan makwan kesihatan yang baik supaya sentiasa positif dengan apa jua situasi......dulu2 atok n wan kita selalu marahkan cucu2nya bila berkumpul ramai2....rumah macam nak roboh...alhummaqfir lahum wRhamhum wakfu anhum

Khamis, 30 Mei 2013

SOGO

Assalamualaikum Apa khabar semua....mak wan doakan semua rakan fb dan blog semua ceria dan bahagia... Semalam..Rabu....mak wan jalan2 ke kl....saja2 nk nengok orang ramai............ Masuk sogo....memang orang ramai....tingkat bawah orang perempuanlah yang lebih ceria...angkat satu ...belek2 ....letak angkat lagi ...pusingkan2...letak balik..saya duduk disatu penjuru sambil kepala berfikir...alangkah bahagianya rakyat malaysia. Mak wan pun memang dah berhajat nak cari hnbag kalau2 ada yang "tercapai tangan". Pusing punya pusing terpikatlah hati dengan jenama yang tak pernah makwan beli sebelum ini. Tanya pulak bidadari yang menemani....dia pun setuju...badan pun dah penat.....teruslah jadi harta makwan yang terkini....Alhamdulillah.

Selasa, 28 Mei 2013

SALAM RINDU



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokaaatuh
Kepada semua sahabat dan rakan blog yang saya hormati

Alhamdulillah
Dengan izin Allah saya berkesempatan melahirkan nukilan  buat tatapan anda sekelian....hampir 1 tahun saya berehat dari bergiat aktif menulis diblog BICARAMAKWAN....
Insya Allah saya akan cuba bersama saudara/ri berukhuwah dialam maya yang kita sama2 mengambil ibrah dan kebaikkan darinya ...Mudah2an aktviti kita ini mendapat mardhotillah...

Salam Ukhuwah fillah dari saya istimewa buat MAMAJU..UMMIROSS..ATUK BAIK dan anda semua ...Selamat menggandakan ibadah di bulan Rejab Syaaban dan Ramadhan...Baarokallahu fiik...

Isnin, 29 Oktober 2012

REDHO ALLAH

Assalamualaikum sahabat semua dan selamat eidul adha

13 Zulhijjh 1433H..tamatlah manasik haji jemaah di tanah suci...mudah mudahan  mereka beroleh haji mabrur......allah subhanahu wa taala menjanjikan syurga menanti mereka...insyaallah...janji allah itu itu benar.
Bagi kami yang bukan jemaah dan yang ada di tanahair juga mengharap syurgamu ya allah.


Sebenarnya Mak Wan rasa sayu bila program  TV ..Salam Baitullah..Labbaikallah...Khabar haji dah menutup tirai masing2.

untuk mengubat rindu  Baitullah Assyareeef....Mak Wan selalu zikirkan  doa ini............semoga mendapat redho allah dan syurga firdaus......doakan Mak Wan sihat dan dijemput mengunjungi ALHARAMAIN...amiiiin.


Selasa, 9 Oktober 2012

HAJI MABRUR

Assalamualaikum ,
Alhamdulillahirabbil 'Alaamiiin Wassaolatu Wassalamu 'alaAsyrafi mursalin Wa'ala alihi Wasohbihi Ajmaiin.

Dhuyufurrahman............tetamu allah ar rahman arrahim. Pagi tadi Mak Wan begitu sayu sekali menerima berita dari anak saudara yang terpilih menjadi antara jutaan jemaah haji 1433H.

Subhanallah...Tabarokallah....Kepada Zila dan Rosman abik doakan dikurniakan kesihatan yang baik,kesabaran yang tinggi,keazaman yang kuat dan penyerahan diri kepada allah sepenuhnya.Semoga anak2 dan harta benda yang tinggal juga dipelihara allah setiap masa.

Selamat berangkat ke tanah suci makkatul mukarramah/madinatul munawwarah dan selamat kembali ke tanahair dengan haji mabrur.INSYAALLAH.




Ya Allah Ya Rohman Ya Rohimmm kau sambutlah mereka berdua sebagai tetamu yang istimewa dengan penuh kasih sayangmu permudahkan perjalanan manasik hajinya.amiiin.


Jumaat, 28 September 2012

ZIKIR HARI INI

Assalamualaikum ayyuhaz zumalaaaii..........arjuuukum fi rahmatillaaaah...amiiiin

Pagi ni Mak Wan terpikat dengan zikir Ustaz amal...youtube Mari kita amati dan amalkan...barokalllahu feeek





Alhamdulillah..........semoga kita sentiasa ceria dan bersyukur...Alllah menjanjikan pemberian yang berganda kepada setiap mukmin yang bersyukur...masyaallah.

Khamis, 6 September 2012

MEMBALAS BUDI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh

Mak Wan nak kongsi rasa gembira bila ke laman menikmati orkid yang sedang segar mengembang menanti kedatangan kekasihnya.
Boleh dikatakan setiap pokok mengeluarkan bunga yang indah indah belaka. Kali ini mereka selamat dari serangan sang kumbang durjana
Setiap hari minggu pokok orkid Mak Wan akan menikmati makanan lazat dan berkhasiat.
Gamaknya mereka sama sama berpakat untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada Mak Wan yang sangat mengasihinya sebagai "orang berbudi kita berbahasa".Alhamdulillah...Mak Wan bersyukur dan terhibur melihatnya.





































Sebelum ini tak sempat kembang musnah di sengat kumbang dan seangkatan dengannya..sabar jelah.."Sesungguhnya Allah suka kepada kecantikan"


Assalamualaikum Ayyuhaz Zumalaaaiil Kiraaam
Mari kita sama2 menikmati bacaan Imam Misyary ..Surah Arrahman.

Selasa, 28 Ogos 2012

RAMADHAN DALAM KENANGAN

Assalamualaikum Ya Ashabul Kiraaaam

Ramadhan telah meninggalkan kita lebih dari 10 hari. Tapi Mak Wan masih teriang 2 program Ihya' Ramadhan.Syeikh Nuruddin banyak menitiskan ilmu ke minda Mak Wan .......Jazakallahu Khoirul jazak.
Lebih menarik nasyeeed intro nyanyian TAMER HOSNY.

  




Sabtu, 18 Ogos 2012

SALAM AIDILFITRI


Assalammualaikum…..

Kepada semua rakan fb dan  blog serta  seluruh kaum Muslimin dan Muslimat…….


Saya  mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idilfitri…Maaf Zahir Dan Batin….Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan diterima oleh Allah SWT dan kita mendapat ganjaran taqwa dari Allah SWT setelah sebulan berada di dalam madrasah Ramadhan….Semoga Allah mengampunkan kita semua dengan keberkatan Ramadhan dan kita kembali kepada Fitrah…..
Allahuakbar.....Allahuakbar........Allahuakbar........Walililahilhamd.

Sabtu, 11 Ogos 2012

Kalam Hikmah


 Assalamualaikum sahabat yang saya muliakan


 Berhati-hatilah...........

Berkata Imam al-Sayuti:

"Sesiapa yang mencerikakan aib orang lain kepadamu,ia akan menceritakan aibmu kepada orang lain.
 Sesiapa membawa berita orang lain kepadamu,ia akan membawa beritamu kepada orang lain.

Sesiapa yang berlebihan memujimu jika engkau menggembirakannya,ia akan berlebihan mencelamu jika engkau memarahinya."
  

(Riwayat Imam al-Bahaqi dalam kitab Manaqib al-Syafii jil. 2 hlm. 198
Sumber Majalah al-Ustaz 05

Jumaat, 10 Ogos 2012

Tanda Kasih


Alhamdulillahi Rabbil'alamin

Mak Wan panjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana menerima kunjungan KASIH RAMADHAN.
Walaupun telah tiga tahun meninggalkan tugas rasmi di Sektor Pendidikan Islam JPNS,namun sahabat2 yang masih berjuang sempat juga meluangkan masa menziarahi Mak Wan yang menggayakan jadual hidup seorang pesara............relax dan santai......disamping aktiviti memenuhkan bakul untuk di bawa ke sana.....

Terima kasih daun keladi kepada semua geng2 Mak Wan teristemewa buat boss Tuan Mohd Wazir .
Sambutlah salam kasih sayang untuk semua pegawai dan kakitangan SPI dari saya Hjh Supiah Abu.

Selamat bertemu Lailatul Qadar,Selamat Hariraya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin.

Jemput datang berhariraya di rumah Mak Wan.




gambar kenangan bersama Ustazah Hajah Jamaliah Tahir(kiri sekali)Ustazah Hajah Leha dan Ustazah Hajah Fatimah Yusuh

Khamis, 12 Julai 2012

Ya Rosulullah Salamun Alaiiik

Assalamualaikum

Kepada anakanda dan sahabat yang Mak Wan Kasihi
Kita hidupkan Ramadhan dengan bacaan quran dan selawat kepada
Nabi Muhammad Sollahualaihi Wasallam.........
kalau nak pelbagaikan selawat sama2 kita hayati qasidah/ lagu ini.




Selasa, 10 Julai 2012

PEDAS WET WORLD

Assalamualaikum
 
Anda rasa panas................jom kita mandi.
Mak Wan jadi "jaga" harta diaorang je..bila dah jumpa air tak ingat apa dah.............







Selasa, 3 Julai 2012

Perkahwinan Redza dan Irma Hasmie



Subhanallah...............Alhamdulillah.....................Allahuakbar.............ramai yang mendoakan kebahagian  pasangan bertuah ini. Peliharalah cinta kalian berdua berlandaskan Alquran dan Sunnah Rasulullah hingga ke Syurga Firdaus.




Ahad, 24 Jun 2012

Hambamu


Assalamualaikum Warahmaullahi Wabarokaatuh

Selamat beristirehat disamping keluarga tercinta...............
Untuk makluman sahabat yang saya kasihi inilah video kegemaran cucu Mak Wan berusia -2th,Mohammad Thaqeef.  Hari2 saya mesti melayannya untuk menonton wajah dan aksi ustaz Don dalam video ni. Kadang2 saja Mak Wan tukar lagu/gambar lain dia mesti mengamuk.....................hebatnya aura ustaz Don.....mudah2an Thaqeef dapat mewarisi ilmu Ust Don.

Sabtu, 23 Jun 2012

KENALAN DARI SABAH

Assalamualaikum semua
Selamat beramal di bulan Syakban,mudahan2 kita sempat bertemu bulan Ramadhan....Insyaallah.

Alhamdulillah................Mak Wan amat bersyukur dan gembira yang teramat sangat  kerana menerima kunjungan sahabat yang sama2 menunaikan umrah 2011.  Keluarga sahabat Mak Wan ini bersungguh mencari kediaman kami walaupun ini kali pertama mereka  sampai ke Seremban.

Puan Siti Jaliha bersama suami,anaknyaSofry dan Noor dari Beufort Sabah.  Sebelum balik Mak Wan sempat membekalkan beberapa anak orkid sebagai tanda ingatan. Kalau boleh nak bagi kambing........................dia tak mau.yalah cam ne nak bawa ke Sabah kan..........lawak je.



Khamis, 17 Mei 2012

ORKID OH ORKID

Inilah orkid orkid saya
Orkid paling suka berbunga dan senang dijaga
Allah menurunka hujan untuk menyuburkan tanaman
selalu berdoa setiap kali menyiram dan membajanya
ada kala kawan lalu pun tak perasan ,asyik membelek2nya
mendamaikan minda dan emosi.............subhanallah

Jumaat, 27 Januari 2012

Loceng kayu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokaatuh.Kaifa halukum ?laaalakum fissihhati wal afiah.Insyaallah.

Ayer Hitam Johor terkenal dengan pasu bunga,bunga tiruan,bear ada lebih besar dari orang dewasa ,kerepek pelbagai jenis.
Tapi yang diceritakan bukan barang yang di atas ni, yang menarik minat Mak Wan nak beli ialah loceng yang dibuat dari kayu bukan buluh.

Anak2 masuk satu kedai ke kedai yang lain adalah yang mereka berkenan untuk dibawa pulang sebagai tanda ingatan. Mak Wan duduk di tepi sebuah kedai .Angin bertiup kuat terdengarlah bunyi loceng tadi menari2 talinya bergoyang ditiup angin. Sekali dua terdengar rasa terhibur bila masa menunggu anak2 tu agak panjang juga. terus Mak Wan rapat keloceng tersebut dan membelek2nya dengan kehairanan dalam hati berkata pandai orang ni mereka cipta.




Pembantu kedai pun bertanya "ndak mk cik? saya pun tersenyum dalam hati dah berniat nak beli.Belek punya belek harganya rm28.50.hati berkata mahal. Akhinya dia jual rm10 sahaja kenapa?sebelum mak wan cakap nak beli ternampak ada bahagian ukiran pada loceng tu dah terkopak.Terus mak wan tawar harga tersebut memandangkan rupanya ada cacat tapi bunyinya tetap menghiburkan. Masa mak wan menulis N3 ni pun loceng kayu tersebut bergoyang ditiup angin dan menghasilkan bunyi yang mengasyikkan .Subhanallah

Rabu, 11 Januari 2012

Kawin Kamal Hijaz Adnan


Assalamualaikum semua


Pada hari Sabtu 7/1/12- Mak Wan menghadiri majlis perkahwinan anakanda Kamal Di Sg. Labu,Layang-Layangan,Labuan.Pengantinnya memang bagai pinang dibelah dua.

Hidangannya sedap juga,tapi ada satu lauk yang disajikan pada malam selepas akad nikah memang unik.  Mak Wan sangkakan kobis goreng berseleralah nak makan tapi sebenarnya  sayur goreng"cempunek"yang masih muda.  Mak Wan terkena kali ini ketawa sendirian.Biar pun umur dah hampir kesana tapi banyak perkara yang tiada dalam pengetahuan.Itulah Allah mengingatkan kita "bertanyalah kepada pakar jika kamu tidak mengetahui".Orang Sabah panggil buah apa ha lupa pulak .Rupanya macam buah cempedak isinya kecil2 warnanya putih.




hasil tangan seorang sahabat yang menetap di Bukit Kuda .



bersiap2 untuk mengiringi pengantin -majlis akad nikah



pengantin dah selamat-Mak Wan pulak ambil tempat
bersama cucu yang suka bergambar-Yasmin



Along Noma dan Firdaus.apa tunggu lagi ma .cedok je nasi tu



PnFuziah {baju pink-duduk} taukeh kristal dan bunga siput



Nur Yasmin Syakirah  - mandi laut



Makan malam di Anjung Ketam-Adi belanja



 kedai makan -dibawahnya ombak membadai